12 September 2012

Ada Apa Di MUZIUM SABAH




ASSALAMUALAIKUM 

Hey watsuppp ! Mengupdate belog di pagi hari.. Biasaaa.. Tiada kerja'an.. hehe.. Okays arini saya mau berkongsi satu rahsia berkenaan dengan salah satu tempat yg menarik di Sabah negeri bawah bayu ini iaitu Muzium Sabah. Muzium Sabah ini ditubuhkan pada tahun 1985. Kalau uolls bercadang untuk datang ke Sabah, makesure korang mengunjungi Muzium ini kerana ia merupakan tempat yg paling sesuai untuk mempelajari sejarah Sabah serta adat resam masyarakat peribumi Sabah. Muzium ini turut mempunyai Taman Herba serta "Kampung Warisan" atau "Heritage Village" yg terdiri daripada replika rumah-rumah tradisional. Memang sangat menarik apalagi kalau dilihat dengan mata kepala sendiri. Trust Me ! heee... Muzium ini terletak di jalan Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu iaitu 4kn atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Pusat Bandar Raya KK. Mahu tahu lebih lanjut mengenai Muzium Sabah boleh lah search di Google. tapi sebelum itu korang kena klik SINI dahulu ;)

Actually, masuk dalam muzium ni tidak boleh amik sebarang gambar. So, just tengok-tengok sejaa lah apa yg ada di dalam. Dalam muzium ini mengumpulkan pelbagai galeri yang menempatkan sejarah semulajadi, etnografi, pameran arkeologi, dan banyak lagi. Memang sgt interesting cause banyak sejarah dahulu terkumpul di dalam muzium ini. Apa yg sangat menarik pandangan saya dalam muzium ini adalah berkenaan dengan rangka ikan paus yang memang sangatlah besar weyhh di letak di hadapan pintu masuk Muzium. 

Gambar di bawah ini lah yg saya maksudkan ikan paus tersebut. Masa ni ikan tersebut terdampar di Kuala Penyu dan saya pun tidak tahulah apa perasaan penduduk situ apabila dapat melihat ikan tersebut. KLIK


Dibawah ini adalah beberapa gambar yg saya dan kawan-kawan secampus sempat rakamkan tyme melawat Muzium Sabah. Tapi ini hanya gambar di luar saja dan di kampung warisan cause dalam muzium tu mimang tidak boleh tangkap gambar ataupun rakam video. Jom saksikan..:D


kalau korang perasan, daratan hijau yg kitorang pijak tu adalah daratan berbentuk peta Sabah. Creative kan? heee...

bye!!!
-THE END-

Thanks for Reading ( '⌣^ )

No comments: