Assalamualaikum...
Andai lelaki tahu...
Apabila
seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu...
Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi
dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...
Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki
itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i
love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebi baik di matanya tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu...
Apabila
perempuan berkata, “tolong
tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu...
Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik
air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang
lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak
lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
*Copy from somewhere. Just to Share for Someone ^_<