29 July 2012

Petua Merawat Rabun

Assalamualaikum...

Haiii Bloggersss... Arini Update lagiii.. heeee... Korang tau kan yg aku ni rabunn? So sekarang aku mau berkongsi petua2 rabun yang pernah aku cuba untuk kurangkan lah sedikit rabun  aku. Actually aku memang tidak suka memakai speck mata. Really dislike..! But mcm mn kan da pula rabun so kena juga pakai. skrg ni kalu tidak mau pakai speck kita bole pakai contact lense kan but aku x pernah lagi try benda tu sebab aku takut juga. yelah kan mau pakai benda tu kena dijaga dengan rapi. Silap2 tertidur time masih ada melekap kat mata kan naiyaaa weyhhh... So aku still memakai speck. Sebenarnya banyak petua merawat rabun  ni tp yang ini aku share yang aku sendiri pernah buat okays. Even pun tidak mapan sama akuu tp korang bole try. Sebab aku ni sekejap2 sajaa. Time mau mula tu semangat, tp kalu da lepas seminggu ntah kemana sudah tu petua aku letak. hahaha... Okays ini berapa petua yg pernah aku cuba. Let's read it :)


CARA 1
Sediakan 21 biji baby carrot yang boleh dibeli di market. Lepas tu basuh dengan air. Kemudian baca ayat seperti dibawah sebanyak 14 kali :


Selepas itu, makan lobak tersebut dengan cara makan mentah tanpa dimasak. Makan pada tiap hari dan tetapkan dalam hati bahawa hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan. 

CARA 2
Setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum mencuci muka atau memberus gigi ka, ambil kedua ibu jari dan letakkan di lelangit mulut dan selepas itu sapukan di bahagian kelopak mata sambil berselawat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari selepas sajaa bangun dari tidur. 

CARA 3
Ketika berwudhu iaitu semasa menyapu muka berselawatlah dan berniat seperti "jelaskan lah penglihatanku semula" sebanyak 3kali. 

CARA 4
Ketika selesai solat ambil sedikit masa untuk membaca selawat dan sapu ibu jari ke kelopak mata sebanyak 3 kali. 

Itu sajaa yang dapat aku kongsikan. Amalan2 inilah yang pernah aku buat yg aku dapati di internet juga. Tp kalu mau buat kena ISTIQAMAH  dan berDOA okays.. Kalu tidak susah jugalah.. Sebab Allah sahaja yang dapat memperkenankan segalanya dan selebihnya ialah dari doa dan usaha. Okays itu sahaja enty kali ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua khusunya para pemakai speck mata a.k.a the rabunesss... hihi :)
wassalam...

Thanks for Reading ( '⌣^ )